TIPS PENJAGAAN CONTACT LENS





This is dirty contact lens casing such as these be contaminated with bacteria...



Seram kan tengok gambar kat atas tu , sya pun dah meremang segala bende ni ..
Geli sangat .. Pakai contacts lens bukan sekadar untuk cantik je ..
Tapi kene pandai jaga dan pandai pilih jenis-jenis lens yang sesuai dengan mata yerr ..


So sya sertakan tips-tips penjagaan contact lens .


1) Basuh tangan secuci-cucinya dengan sabun (dettol, lifebuoy, protect etc) dan keringkan tangan dengan tuala bersih sebelum pegang contact lens.. Make sure, setiap kali nak pegang lens, tangan kena cuci yeee... Tak kira la, masa nak pakai ke, 

nak tanggalkan ke, tetap kena pastikan tangan bersih... Sebab kuman kat tangan boleh memberi kesan tak baik kat mata...





2) Seelok-eloknya, guna la air solution yang disuggest oleh orang yang pakar. Pastikan ia sesuai ngan mata kita jugak dan kalau dah serasi dengan solution ni, jangan gatai tangan nak tukar-tukar unless ade nasihat dari pakar suruh tukar.. .Lagi satu nota penting, jangan campur-campurkan solution ye...  Memang tak digalakkan buat sebab takut isi kandungan tak sama dan boleh merosakkan contact lens dan yang lebih penting, jangan sesekali cuci contact lens dengan air paip ke air mineral ke air suling ke kerana takut dikhuatiri ade bahan-bahan or bakteria didalam air yang kita guna tu...





3) Ikut arahan cara nak pakai contact lens, cara nak tanggalkan, cara nak cuci contact lens betul-betul tau...jangan nak main shortcut je yeee...buat betul-betul secara berhemah tau .. hee sayang uoollss ..





4) Selepas pakai contact lens, make sure casing dicuci dan dikeringkan dengan betoi dan seeloknya tukar la casing tu sebulan sekali...sekurang-kurangnya , casing kita akan sentiasa bersih...





5) sebelum nak pakai tu, make sure contact lens berada dalam kedudukan mangkuk ye, bukan pinggan...kalo bentuk pinggan, bila pakai, akan rasa tak selesa...so kena la kalih kan ke bentuk mangkuk...





6) Untuk yang suka bermekap, pakai contact lens sebelum mula bermakeup sebabnye kalau dah mekap, baru nak pakai, takut barang mekap tu terlekat kat contact lens dan boleh merosakkan mata dengan bahan tak bagus... Makeup kan bahan chemical .. Time nak remove mekap pun, kena buangkan lens dulu baru buangkan mekap...kalau ade mekap khas yang memang elok untuk si pemakai contact lens, lagi bagus...terjaga mata korang tau..





7) nak swimming ke, nak sauna ke, nak spa ke, silalah tanggal contact lens dulu yeee....





8) JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense . 
JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense .  JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense .jangan jangan jangan sesekali tido dengan contact lens...tak baik untuk kesihatan...






9) contact lens yang expired hanya boleh extend pakai untuk sehari dua sahaja...tak  boleh lebih tau ... Kalau lebih, cube  korang tengok, nanti confirm mata  akan merah-merah dan rasa tak selesa...  Tapi seeloknya, kalau dah expired, buang  jelah  ..Tak perlulah nak extend-extend pakai... Jadi macam mata kat atas tu nanti tahulah ..





10) Jangan sesekali memakai contact lens orang lain yeeee... Kita tak tau jumlah protein yang dikuarkan oleh mata si pemakai tu berapa banyak, kita tak tau camne dia cuci contact lens dia tu, kita tak tau camne dia jaga contact lens dia tu...so kalo main redah je, tak pasal-pasal, kuman-kuman ke ape ke boleh terus melekat kat mata kita dan boleh mendatangkan penyakit...tak ke susah diri sendiri nanti...



**Lens Yang Baru dibeli haruslah direndam dengan air sollution selama 8 jam baru boleh pakai ya. Jangan sesekali guna air yang kat dalam botol contact lense yang baru dibeli sebagai sollution, itu bukan sollution ya...





Contact lenses get stuck in your eyes only if you are dehydrated or have dry eyes, so do not go to bed with your contacts on if you have this condition or if your contacts are not extended wear lenses designed for this purpose. 




Act , sya suka candy barbie lens .. Cantik sangat .. Sya dah beli , colour violet :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
ALL RIGHT RESERVED BY SYA WHITELOTUS