Hikmah Bulan Puasa







Kajian membuktikan untuk membina habits yg baru mestilah dilakukan hari-hari selama 30 hari berturut-turut tanpa henti. 



Sebagai contoh, anda mahu membina habits suka membaca, mulakan dengan membaca apa2 buku setiap pagi atau malam sebelum tidur selama 10 minit. Amalkan selama 30 hari berturut2, yakinlah pada hari ke-31 anda akan mula membaca buku secara automatik tanpa dipaksa.



# Itulah hikmah Allah jadikan puasa ramadhan selama 30 hari, untuk manusia membina ketaqwaan selepas hari ke-31. Rugilah bagi yang bermalas-malasan di bulan yg mulia ini utk membina habits ibadah kepada Allah.



Buku 'How To Master Your Habits' by Felix Y.Siauw






Dia kita punya tauu




Hi and Assalamualaikum again . Thanks sebab awak sudi bukak and baca blog kita ni . Ekceli blog Misz Eyra ni banyak berkisarkan tentang peribadi . Perkongsian Ilmu tu ada , fakta tu ada . Tapi tak banyak . Tujuan utama sya wujudkan blog ni , untuk berkongsi cerita , rasa dan pendapat . Tapi tak kisahlah , masa buat blog ni , apa yang sya pikir hanya untuk suka suka je . Tak sangka dah 171 entry dah yang sya taip dalam blog ni .. 

Ehh , dah menyimpang jauh sangat dah ni . Padahal , asalnya nak cerita pasal seseorang yang istimewa pada sya sekarang :) Kalau awak perasanlah . Sebelah kanan blog sya ni mesti ada gambar lelaki dengan sya , alahhh yang gambar slide2 tu . Itu ex lama sya ekceli . Now dia ada kat Mesir . Sekarang ni sya dengan Nazrul . Gambar bawah ni , sya dengan dia lah :)

Masa ni dekat New Zealand
Masa ni musim autumn winter kat New Zealand . winter lah sangat kan . Tapi sejuk dia terasa sampai ke tulang . Tapi bila kiteorang jalan jalan , selamba aja mat saleh ni tak pakai coat langsung . Perggghh kebal betul tulang dia . Sya pergi New Zealand dengan family Nazrul ni . Eheemm eheemm ni boyprennnn kite tau . Jangan tengok lame lame , hihi :p


Masa ni dia kurus lagikan, lepas jumpa aku terus berisi . bahagia katakooo . wakaka

Kiteorang kenal pun melalui tempat kerja . Rupa-rupanya ayah dia kawan setempat kerja dengan ayah aku . kamcengg cenggini haaa . cenggini . huaaa gaye dalam belog tak boleh nak buat pulak . Iyer iyer aje aku cerita . Even aku dah kenal parents dia dah lama . adik dia and kakak dia . Aku langsung tak kenal dia pun , 
sampailah aku kerja baru aku tahu yang dia tu anak kawan ayah aku .


Dan bermula dari interview nak masuk kerja kat MASkargo tulah . Dia orang first aku jumpa . Tapi kerek nak mampos . Bajet handsome lebih je . Acecehh . Punyalah senyap , tegur pun tidak . Senang cerita tak macam lelaki lelaki lain lah yang selalu nya mengorat , gatal nak mampos , kata macam macam . tapi dia tak pon . Senyap . Masa tu abang Salman . My HR . dia yang paling banyak cakap . Dia bagitau yang Wan . Boyprenn aku sekarang ni , satu tempat keje dengan aku .


Ingatkan dah kenal awal awal dia tegurlah apa , bagi tunjuk ajar ke apa , ni tak . buat aku duduk tercongok macam orang mati akal kat kaunter TMS tu . Sedih Gila . So , aku cari idea nak buat kiteorang berborak dengan tanya macam mana nak isi form tempat kerja ni ehh . Dia senyap . okay aku sabar . Aku pun tanya lagi . Warganegara ni nak tulis apa ehh ? Dia pandang je aku terus cakap . Orang INDONESIA ehh ? Perrghhh pedas gila siaakkk , malu nak mampos . Kau dah kenapa woi . Terus aku senyap . Taknak tanya apa-apa dah lepastu .




Selepas kejadian tu , aku lebih rela tanya orang-orang atas . Dari tanya sekuli dengan aku ni . Karang tak pasal-pasal aku malu sendiri . Selepas tu , kiteorang makin rapat , dan aku tak tahu kenapa orang usik-usik aku dengan dia . Sedangkan masatu , aku langsung tak terfikir apa-apa pun pasal couple . Yelah , masatu kena tinggal , kecewe tak habis lagi . So , aku masih single masatu . Jadi aku tak kisah rapat dengan mana-mana lelaki pun . Single kan , siapa yang nak kisah . 


Senang cerita , dialah yang selalu hantar aku balik , ambil aku masuk tempat kerja , bawak aku pergi makan , semuanyalah . Kalau takde dia , tak makanlah aku . Takde dia tak kemanelah aku . Bila dia takde je kat opiss tu rasa macam kosong je , serius rasa bosan gila . Kalau tak dia yang selalu kacau aku apa semua . Even dia jenis senyap pun dia still kuat mengusik . Pernah 1 hari dia cuti , abang bobot . Abang satu team dengan aku ambil gambar aku senyap senyap . Dia kata masam gila , muram je . Sedangkan bila ada dia . Aku happy nak mamposs . Tak pernah tak gelak , tak senyum . Sampai 1 hari aku tak makan langsung sebab dia takde .


And from that , aku sedar . Yang aku dah mula sukakan dia . Dalam erti kata lain . Dia takde , separuh jiwa aku hilang . Pergghhh jiwang siak aku . Starting aku sedar dengan perasaan aku kat dia , and aku memang tahu dari nyet , yang dia tu memang single sebab baru clash . So aku memang ada peluang tuk dekat dengan dia . 





Selepas tu , aku tak tahu kenapa aku percayakan nyet , and beitahu semuanya pasal isi hati aku . Nyet cuba yakin kan aku . Yang aku memang boleh dapatkan dia . Aku jadi lagi teruja lepas tahu yang dia pun baru break . Daripada situ , dia tahu aku suka kan dia . Tiba-tiba malam tu dia datang dekat , tanya kat aku . Apa yang aku dah cakap kat nyet . Pergghh berdebar gila aku masa tu , malu gile weyh . Rasa nak tutup je muka ni dengan bantal . Tapi biasalah , aku kan drama queen . ahakkss .


Bila dia dah tanya macam tu , aku dah malas nak berselindung lagi . Terus aku cakap memang aku suka kat dia . Masing-masing senyap. Then aku tanya dia , tak kisah ke ? Dia geleng kepala and senyum . So aku faham . Aku tanya lagi kat dia , kite ni dah kira couple ke ? Dia angguk . Lepastu aku tidur dalam tersenyum weyh . Sumpah happy :) Selalu asyik tweet pasal crush je . At last crush aku dah jadi boyprenn aku sekarang . Sukannyaaaaaaaa ..................






Nama aku dengan dia pun nak dekat sama . Nazrul Syazwan and Najah Shahira . NS <3




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
ALL RIGHT RESERVED BY SYA WHITELOTUS