
![]() |
Masa ni dekat New Zealand |
![]() |
Masa ni dia kurus lagikan, lepas jumpa aku terus berisi . bahagia katakooo . wakaka |
Kiteorang kenal pun melalui tempat kerja . Rupa-rupanya ayah dia kawan setempat kerja dengan ayah aku . kamcengg cenggini haaa . cenggini . huaaa gaye dalam belog tak boleh nak buat pulak . Iyer iyer aje aku cerita . Even aku dah kenal parents dia dah lama . adik dia and kakak dia . Aku langsung tak kenal dia pun ,
sampailah aku kerja baru aku tahu yang dia tu anak kawan ayah aku .
Dan bermula dari interview nak masuk kerja kat MASkargo tulah . Dia orang first aku jumpa . Tapi kerek nak mampos . Bajet handsome lebih je . Acecehh . Punyalah senyap , tegur pun tidak . Senang cerita tak macam lelaki lelaki lain lah yang selalu nya mengorat , gatal nak mampos , kata macam macam . tapi dia tak pon . Senyap . Masa tu abang Salman . My HR . dia yang paling banyak cakap . Dia bagitau yang Wan . Boyprenn aku sekarang ni , satu tempat keje dengan aku .
Ingatkan dah kenal awal awal dia tegurlah apa , bagi tunjuk ajar ke apa , ni tak . buat aku duduk tercongok macam orang mati akal kat kaunter TMS tu . Sedih Gila . So , aku cari idea nak buat kiteorang berborak dengan tanya macam mana nak isi form tempat kerja ni ehh . Dia senyap . okay aku sabar . Aku pun tanya lagi . Warganegara ni nak tulis apa ehh ? Dia pandang je aku terus cakap . Orang INDONESIA ehh ? Perrghhh pedas gila siaakkk , malu nak mampos . Kau dah kenapa woi . Terus aku senyap . Taknak tanya apa-apa dah lepastu .
Selepas kejadian tu , aku lebih rela tanya orang-orang atas . Dari tanya sekuli dengan aku ni . Karang tak pasal-pasal aku malu sendiri . Selepas tu , kiteorang makin rapat , dan aku tak tahu kenapa orang usik-usik aku dengan dia . Sedangkan masatu , aku langsung tak terfikir apa-apa pun pasal couple . Yelah , masatu kena tinggal , kecewe tak habis lagi . So , aku masih single masatu . Jadi aku tak kisah rapat dengan mana-mana lelaki pun . Single kan , siapa yang nak kisah .
Senang cerita , dialah yang selalu hantar aku balik , ambil aku masuk tempat kerja , bawak aku pergi makan , semuanyalah . Kalau takde dia , tak makanlah aku . Takde dia tak kemanelah aku . Bila dia takde je kat opiss tu rasa macam kosong je , serius rasa bosan gila . Kalau tak dia yang selalu kacau aku apa semua . Even dia jenis senyap pun dia still kuat mengusik . Pernah 1 hari dia cuti , abang bobot . Abang satu team dengan aku ambil gambar aku senyap senyap . Dia kata masam gila , muram je . Sedangkan bila ada dia . Aku happy nak mamposs . Tak pernah tak gelak , tak senyum . Sampai 1 hari aku tak makan langsung sebab dia takde .
And from that , aku sedar . Yang aku dah mula sukakan dia . Dalam erti kata lain . Dia takde , separuh jiwa aku hilang . Pergghhh jiwang siak aku . Starting aku sedar dengan perasaan aku kat dia , and aku memang tahu dari nyet , yang dia tu memang single sebab baru clash . So aku memang ada peluang tuk dekat dengan dia .

No comments:
Post a Comment