Kau buatkan diriku kosong





Harini tangan rasa gatal nak menaip tentang sesuatu perkara . Semenjak adik sya asyik putarkan lagu kosong dari najwa latif sya terus berminat nak dengar . Sedangkan lagu najwa sebelum ni sya tak lah minat sangat dengar . Tapi yang ini lain pulak .


Sya perhatikan bait bait lirik lagu tu , yer memang ada kena mengene dengan sya . tempias sikit kowt . Entry ni berkaitan dengan ex-bf sya . Kalau kalau ada terbaca baguslah .




Sya  harap dia tak buat perkara yang sama pada girlfriend dia sekarang . cukuplah sya yang rasa . Girl mana yang tahan dengan kata kata cacian . Ya Allah sumpah tak tahan . Bila ada yang caci maki , rase diri ni rendah and hina sangat . Semua manusia tak sempurna dalam dunia ni . Dan sebagai lelaki , tak perlu keluarkan kata kata cacian pada perempuan .

Perempuan ni perasaan mereka halus , lembut dan mudah rapuh . Sebab tu perempuan mudah lemah dengan kata kata lelaki , tapi lelaki tak perlulah gunakan kata kata untuk permainkan perempuan . Perempuan ni pun sebahagian dari diri lelaki jugak , kami hidup dengan bantuan tulang rusuk awak jugak . Perempuan perlu dibimbing bukannya disakiti .



Bila sya ingat kan balik , yer sya memang perasan setiap dalam pergaduhan atau percakapan ex-bf mesti ada saja yang diputar belitkan . Walaupun benda yang salah terus jadi tak salah . Walaupun sya yang betul tapi tetap dipersalahkan . Baru kini sya sedar yang sya dah buang masa 5 tahun bersama orang yang bukan milik sya . Betul kata orang cinta itu buta . dan juga boleh membutakan . Apa yang buruk semua nampak baik .

Bagi lelaki yang tersangatlah sweet talker and hot-tempered ta perlulah cari cara nak putar belitkan fakta . Sepatutnya awak cari jalan untuk selesaikan masalah bukannya bergaduh . Be Gentle boleh tak ?.. Awak akan lebih dikagumi dengan cara berbincang daripada mengamuk and terus putar belitkan sesuatu . dan juga dah termasuk dalam ketegori menipu .




Hey ex-bf ! Dengar sini . Sya bukanlah perempuan yang lemah macam yang awak anggap dulu . Sya boleh berdiri sendiri , masa hadapan sya lebih cerah berbanding dahulu . Sya persiakan 5 tahun yang ada . Jangan pandang rendah lagi . Tunggu dan lihat sya berjaya . Insya-Allah

Bagi lelaki kat luar tue , jangan fikir sekali dah jatuhkan seseorang perempuan , mereka akan tersungkur selamanya . Tidak . Salah semua tue . Kami lebih kuat daripada apa yang awak sangka .


Awak cuba dengar lagu ni (:

BEST KAN ? #anggukcepat!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
ALL RIGHT RESERVED BY SYA WHITELOTUS