The worst day




Hi followers . Hi pada yang sudi baca and hi pada yang kenal kite .
Kenal kite lagi tak ? Kalau tak kenal jugak , tengoklah , tataplah gambar ajet ajet suwweeeettt tu , muahahaha. Okay dah STOP! Malu kite .

Rasanya dah berabad dah tak berblogging semenjak takde lappy and internet kat rumah dulu.
Dan dan dan terlalu banyak cerita yang aku rasa nak cerita sangat sangat . Cerita pasal semalam , haritu , dulu dan macam macam lah .

Rasa kekok pon ade . Tapi nak jugak jugak tulis entry ni . Nak dengar cerita tak ? Semalam memang bad day sangat . Rasa macam semuanya tak kena . Ada je yang silap , yang tertinggal , yang nak kene tinggal , semuanyalah . Teruk , teruk , teruk -..-

Masa tengah bersiap-siap semalam sebelum ke kampus , iye iye je ni bersiap bagai sebab fikirkan semua esaimen dah siap , tinggal nak submit kat lec Halimi tu je . Lec Halimi tu sumpah baik , jeles please :p
Dia selalu bagi balik awal , masuk kelas dia , dia suruh buat esaimen yang tak habis tu . Dia ajar satu persatu , tak macam lec lec lain yang terAMAT lah poyo . Oppss! Maafkan kite .

Ehh , ehh . Nak cerita pasal tengah bersiap sebelum ke kampus tadi , tercerita pasal lec Halimi pulak . Act , lepas siap je . Sya ambil je beg tangan and bag lappy ni , terus teringat pendrive yang ada esaimen yang nak print then hantar terus . The problem is , sya lupa sya letak kat mana pendrive tu . Sumpah rasa nak nanges . Check check balik rupanya dalam makeup box , hehehehe :)

Lepas dah jumpa apa semua , kite call lah kak Najwa yng satu course dengan kite . Sebabnya kak Najwa dengan Bella pi makan dulu sebab menunggu kite bersiap lama sangat . Call call je , kak Najwa cakap dia dah habis makan dah pun . Makk aiihhh gila sedih :(

Dahla barang hilang . Tak sempat makan pulak tu . Apalah nasib badan . Nasib takde batu belah batu bertangkup . Kalau tak aku dah berlari lari sambil menangis . Ehh berangan pulak aku . Lepastu Masa dah naik Bas Seranas tu . Punyalah semangat kite tweet macam macam apa yang dah berlaku . At last , dah sampai depan UNISEL , masih tak perasan lagi . Sampailah bas dah jalan baru kite perasan yang bus tu dah nak jalan . kelam kabut macam apa je Ambil bag lappy dengan hand bag terus ke depan kata kite nak turun kat UNISEL ni . Ya Allah , malunya tuhan saja yang tahu .

Bila dah sampai bilik kuliah , lec Halimi yng belom sampai . So , terpaksa menunggu sejam lagi sebab class start pukul 1 . Ingatkan pukul 12 , haiihhh. Apalagi , cari peluanglah makan kat cafe . Dengan air yang dah lama order langsung tak sampai . Dah habis makan ke bilik kuliah pulak , pun masih lec Halimi belom sampai . Tunggu punya tunggu , akhirnya sampai . Kecoh kecoh pasal esaimen tu . Dorang kata itu salah lah , ini salahlah . Bengang puny pasal , hantar jelah . 

Memang the worst day lah semalam .
Bye bye korang . Nanti ada story lagi kite cite ehh :) 




TIPS PENJAGAAN CONTACT LENS





This is dirty contact lens casing such as these be contaminated with bacteria...



Seram kan tengok gambar kat atas tu , sya pun dah meremang segala bende ni ..
Geli sangat .. Pakai contacts lens bukan sekadar untuk cantik je ..
Tapi kene pandai jaga dan pandai pilih jenis-jenis lens yang sesuai dengan mata yerr ..


So sya sertakan tips-tips penjagaan contact lens .


1) Basuh tangan secuci-cucinya dengan sabun (dettol, lifebuoy, protect etc) dan keringkan tangan dengan tuala bersih sebelum pegang contact lens.. Make sure, setiap kali nak pegang lens, tangan kena cuci yeee... Tak kira la, masa nak pakai ke, 

nak tanggalkan ke, tetap kena pastikan tangan bersih... Sebab kuman kat tangan boleh memberi kesan tak baik kat mata...





2) Seelok-eloknya, guna la air solution yang disuggest oleh orang yang pakar. Pastikan ia sesuai ngan mata kita jugak dan kalau dah serasi dengan solution ni, jangan gatai tangan nak tukar-tukar unless ade nasihat dari pakar suruh tukar.. .Lagi satu nota penting, jangan campur-campurkan solution ye...  Memang tak digalakkan buat sebab takut isi kandungan tak sama dan boleh merosakkan contact lens dan yang lebih penting, jangan sesekali cuci contact lens dengan air paip ke air mineral ke air suling ke kerana takut dikhuatiri ade bahan-bahan or bakteria didalam air yang kita guna tu...





3) Ikut arahan cara nak pakai contact lens, cara nak tanggalkan, cara nak cuci contact lens betul-betul tau...jangan nak main shortcut je yeee...buat betul-betul secara berhemah tau .. hee sayang uoollss ..





4) Selepas pakai contact lens, make sure casing dicuci dan dikeringkan dengan betoi dan seeloknya tukar la casing tu sebulan sekali...sekurang-kurangnya , casing kita akan sentiasa bersih...





5) sebelum nak pakai tu, make sure contact lens berada dalam kedudukan mangkuk ye, bukan pinggan...kalo bentuk pinggan, bila pakai, akan rasa tak selesa...so kena la kalih kan ke bentuk mangkuk...





6) Untuk yang suka bermekap, pakai contact lens sebelum mula bermakeup sebabnye kalau dah mekap, baru nak pakai, takut barang mekap tu terlekat kat contact lens dan boleh merosakkan mata dengan bahan tak bagus... Makeup kan bahan chemical .. Time nak remove mekap pun, kena buangkan lens dulu baru buangkan mekap...kalau ade mekap khas yang memang elok untuk si pemakai contact lens, lagi bagus...terjaga mata korang tau..





7) nak swimming ke, nak sauna ke, nak spa ke, silalah tanggal contact lens dulu yeee....





8) JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense . 
JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense .  JANGAN TIDUR sekali dengan contact lense .jangan jangan jangan sesekali tido dengan contact lens...tak baik untuk kesihatan...






9) contact lens yang expired hanya boleh extend pakai untuk sehari dua sahaja...tak  boleh lebih tau ... Kalau lebih, cube  korang tengok, nanti confirm mata  akan merah-merah dan rasa tak selesa...  Tapi seeloknya, kalau dah expired, buang  jelah  ..Tak perlulah nak extend-extend pakai... Jadi macam mata kat atas tu nanti tahulah ..





10) Jangan sesekali memakai contact lens orang lain yeeee... Kita tak tau jumlah protein yang dikuarkan oleh mata si pemakai tu berapa banyak, kita tak tau camne dia cuci contact lens dia tu, kita tak tau camne dia jaga contact lens dia tu...so kalo main redah je, tak pasal-pasal, kuman-kuman ke ape ke boleh terus melekat kat mata kita dan boleh mendatangkan penyakit...tak ke susah diri sendiri nanti...



**Lens Yang Baru dibeli haruslah direndam dengan air sollution selama 8 jam baru boleh pakai ya. Jangan sesekali guna air yang kat dalam botol contact lense yang baru dibeli sebagai sollution, itu bukan sollution ya...





Contact lenses get stuck in your eyes only if you are dehydrated or have dry eyes, so do not go to bed with your contacts on if you have this condition or if your contacts are not extended wear lenses designed for this purpose. 




Act , sya suka candy barbie lens .. Cantik sangat .. Sya dah beli , colour violet :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
ALL RIGHT RESERVED BY SYA WHITELOTUS